Info dari iNilam

Talian Bantuan
Tidak Boleh Login Hubungi
03-2098 7843
017-224 8731
016-247 3716
[email protected]


YURAN TAHUNAN DATA CENTER
Kami di TARANTULA telah menerima banyak panggilan daripada PTP PKG yang bertanyakan cara untuk mereka membuat bayaran Yuran Tahunan Data Center bagi pihak sekolah ahli. Terima kasih kami ucapkan di atas keperihatinan anda semua. Kini anda boleh mencetak Inbois Yuran Tahunan Data Center 2011 di skrin utama i-NILAM bagi tujuan bayaran.

KEMASKINI REKOD BACAAN MURID
Rekod Bacaan Murid 2010 dan 2011 telah diaktifkan. Kini anda boleh mengemaskini data bacaan bulanan murid berdasarkan kelas Worksheet. Guru NILAM, Guru Penyelaras NILAM dan GPM sila ambil tindakan. Patuhi arahan yang dipaparkan di skrin Rekod Bacaan Murid.

iQ-PSS 2011
Kemaskini iQ-PSS 2010 telah tamat. iQ-PSS 2011 semua sekolah telah dijana oleh sistem. Semua GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan.

ps-SENTRAL server upgrade
Kerja-kerja naiktaraf server ps-SENTRAL (Sistem automasi pusat sumber) sedang dijalankan demi kemudahan anda di masa hadapan.

Utiliti Import Data SMM ke i-NILAM
1.Telah boleh digunapakai oleh semua Guru Data.
2.Sila ikut arahan bantuan satu-persatu yang dipaparkan dalam skrin Utiliti Import.

Program Automasi i-NILAM dan iQ-PSS 2011
Makluman kepada semua BTPN, PKG dan Sekolah seluruh Malaysia:
Program NILAM atas talian (i-NILAM) dan Penarafan Pusat Sumber Sekolah atas talian (iQ-PSS) bagi tahun 2011 masih diteruskan dan berjalan seperti biasa. Sila patuhi arahan dan maklumat yang dipaparkan di sini dari masa ke semasa bagi mengetahui tindakan yang perlu anda ambil.

iQ-PSS 2010 dan iQ-PSS 2011
1.Semua GPM dan PTP PKG dikehendaki melengkapkan iQ-PSS 2010 sebelum 31/01/2011.
2.iQ-PSS 2011 boleh diambil tindakan MULAI 01/02/2011.

Naik Kelas Murid Sesi 2010 ke 2011 (HANYA BAGI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN i-NILAM 2010)
1.Klik butang 'Naik kelas murid sesi 2010...' di skrin utama i-NILAM.
2.Ikut tatacara/arahan yang dipaparkan di skrin Naik Kelas.

Cetak sijil i-NILAM Keseluruhan dan sijil i-NILAM Tahunan
Sebelum cetak sijil sila pastikan perkara berikut:
1. Sila semak dan kemaskini alamat sekolah
2. Sila upload logo sekolah untuk digunakan sebagai watermark (background) sijil.
Anda boleh mencetak sijil menggunakan kertas sijil bersaiz A4 ATAU boleh guna kertas A4 biasa.

LANGGANAN SISTEM ps-SENTRAL ( Automasi Bahan Cetak dan Bukan Cetak/BBM )
Untuk keterangan lanjut atau sebutharga sila email ke: [email protected]


Sila klik untuk muat turun