Tajuk Cerita Minggu Ini
Seberkas Lidi

Seberkas Lidi
Penulis : Ayub Salleh
Sumber :
http://www.zoom-a.com

Picture
Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal bersama-sama dengan isterinya yang sudah uzur. Mereka ada lima orang anak lelaki.

      Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu makan sahaja.

Picture
Petani itu sangat risau tentang anak-anaknya. Anak-anaknya sering berdengki dan selalu bergaduh.

      Pada suatu hari, petani itu dapat suatu akal. Dia memanggil anak-anaknya. Dia menasihati anak-anaknya.

Picture
Petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat mematahkan lidi itu.

      Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu.

Picture
Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu.

      "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu.

      "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain," nasihat petani itu lagi.

Picture
Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja bersama-sama.

      Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat gembira kerana anak-anaknya sudah saling bekerjasama.

Picture
NILAI MURNI

      Hidup bermuafakat akan sentiasa membawa berkat.