Tun Hussein Onn

Picture
Adik-adik, Tun Hussein dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor. Bapanya seorang pengasas UMNO bernama Datuk Onn bin Jaafar dan ibunya Datin Halimah Hussein.

      Tun Hussein Onn mendapat pendidikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

      Dalam Perang Dunia Kedua, beliau menyertai dalam Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan mendapat latihan ketenteraan di Maktab Tentera Sandhurst di India. Pada tahun 1942, beliau menyandang sebagai kapten dan terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestine, dan Iraq.

      Pada tahun 1945, beliau pulang ke tanah air dan bertugas sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Beliau bersara daripada angkatan tentera British dengan berpangkat kapten setelah enam tahun berkhidmat. Beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Kemudian beliau berkhidmat di bawah perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan bertugas di beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.

      Tun Hussein Onn menurut jejak ayahandanya menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau menjadi ahli UMNO dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO. Pada umurnya 28 tahun, beliau dipilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO dan pada masa itu Tun Ab. Razak Hussein menjadi Ketua Pemuda UMNO.

      Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan, di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Pada tahun 1951, beliau mengikuti ayahanda keluar dari UMNO dan menubuh Indenpendent of Malaya Party (IMP) dan kemudian Parti Negara. Beliau melanjutkan pelajaran di Lincoln Inn, England dalam bidang undang-undang pada tahun 1958.

      Beliau berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj. Mohd Noah dan mendapat enam orang cahaya mata. Sebagai biras kepada Tun Ab. Razak, beliau menyertai semula dalam UMNO. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) dan pada tahun itu beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Johor Bahru Timur.

      Pada tahun 1970, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Pada tahun 1972, beliau dipilih menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden. Berikutan kematian Tun Dr. Ismail, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

      Apabila Tun Razak selaku Perdana Menteri meninggal dunia secara mengejut, Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri ketiga, dan memangku Presiden UMNO. Dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO pada 17 Januari 1976, beliau disahkan sebagai Presiden UMNO. Pada 15 Januari 1976, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.

      Dalam tadbiran, beliau meneruskan agenda Tun Razak, iaitu 'Dasar Ekonomi Baru'. Beliau memperhebatkan usaha membanteras komunis di hutan Malaysia. Pada April 1981, beliau melancarkan Rancangan Malaysia ke-4. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN).

      Pada 15 Julai 1981 atas sebab kesihatan, beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan diambil alih oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad pada 18 Julai 1981.

      Atas sikap kesederhanaan dan semangat kepada perpaduan, beliau digelarkan 'Bapa Perpaduan Malaysia'.