Selamat Datang Ke Laman Pusat Sumber SK Bandar
Picture
Picture




____________________________________________________
KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI

SISTEM i-NILAM DIKALANGAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) Seperti yang Y. Bhg. Datin / tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.

Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada tahun 2010.

Klik Soal Selidik untuk menjawab secara online.

Maklum balas daripada Y. Bhg. Datin / tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Datin / tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia



________________________________________
Makluman Penamatan Rangkaian Internet Di Sekolah
SchoolNet Berkuatkuasa 31/Dis/2010 kontrak perkhidmatan rangkaian internet di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah tamat. Sila rujuk surat makluman Kementerian Pelajaran Malaysia (
No.Rujukan: KP(KSU)001/10 bertarikh 29-Dis-2010).

Sehubungan dengan itu berlaku gangguan dan kesukaran capaian kepada sistem Tarantula bagi sekolah-sekolah yang masih belum memasang talian internet yang baru.

Sekolah-sekolah dinasihatkan bertindak segera memasang talian internet yang baru secara terus daripada mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) berdasarkan
GARIS PANDUAN PEMASANGAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN PERUNTUKAN KERAJAAN.

Segera bertindak bagi mengatasi masalah capaian internet di sekolah anda.

____________________________________

Maulidur Rasul
Maulidur Rasul Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan
Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat
pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

____________________________________

Picture
KAMPUS ASTRO
Projek ini merupakan projek penajaan korporat syarikat Astro kepada sekolah dibawah Kementerian Pelajaran. Harapan daripada projek ini ialah pihak Astro percaya mereka bukan sahaja membekalkan perkhidmatan berbentuk hiburan malah mereka juga berpotensi meneroka segmen pendidikan melalui 12 saluran khas melalui projek ini.

Antara 12 saluran pendidikan yang akan disalurkan ke sekolah melalui projek Kampus Astro ialah

1. Astro TVIQ
2. NGC
3. Discovery
4. Discovery Science
5. Animal Planet
6. Astro Awani
7. Bernama TV
8. Disney
9. Ceria
10. RTM 1 & 2
11. History
12. Animal Planet

Melalui saluran ini pihak KPM-BTP berharap pihak sekolah dapat menggunakan dengan sepenuhnya program penajaan Astro ini. Dapatan kajian daripada projek ini akan dikaji untuk kebaikan semua pihak.

Malah dalam program penajaan koperat pihak Astro (Kampus Astro) mereka telah bersetuju membekalkan beberapa peralatan berikut untuk dipasang di sekolah bermula hujung Januari 2010. Antaranya

1. Satu set dekoder terbaru dengan fungsi rakaman (model astro Max terbaru .. belum masuk dalam pasaran dengan fungsi rakaman 80 jam)
2. ODU (1 unit)
3. TV LCD 32″ jenama Philip atau Sharp
4. Saluran Astro khas 13 channel (TV3 dan Media Prima tiada dalam penajaan ini)
5. Yuran (dibawah tanggungan Astro sehingga Disember 2011)
6. Aktiviti luaran (Pihak Astro akan meraikan anda di sekolah secara percuma)

Jumlah penajaan Astro adalah dalam RM 30 juta. Ada beberapa tindakan yang perlu guru GPM buat untuk projek Kampus Astro ini. Isi borang pemantauan untuk penggunaan peralatan Astro ini. Isi borang KEW.PA-2 dan pastikan salinan S.A.P disahkan oleh pihak Pengetua dan Guru Besar sahaja bukan tugas GPM sahkan borang tersebut.

Untuk tujuan ini satu bilik khas (bilik tayangan atau pusat sumber) adalah tempat yang disyorkan. Pastikan bilik tersebut mempunyai keselamatan yang tinggi memandangkan peralatan ini merupakan peralatan premium. Latihan penggunaan akan diberikan oleh pihak Astro melalui BTPN dan pihak PKG.


Get your own Digital Clock

Akses Digital
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

________________
Pautan Pilihan

______________________
Program PSS

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan data semasa anda mengunjungi atau menggunakan bahan dilaman portal ini.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas . Resolusi 800 x 1020
Hakcipta terpelihara: psbandar2011